Followers

Thursday, November 26, 2009

Untuk Semua...(^_^)

Kepada semua rakan2 yg mengenaliku, ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha khas kutujukan.....(^_^). ..he..he..

Saturday, November 7, 2009

tidak mengerti???




jika daku mendengar alunan melodi yang indah,
air mutiaraku akan mengalir di pipi,
jika daku meratapi sebuah gambaran yang terdampar,
kadang-kadang hanya diriku mengerti,
dan ketika itulah hatiku berdetik,
benarkah perasaanku ini dengan perasaan gambaran itu seerti.

luahan dari hati.
mengapa manusia terlalu mudah menyatakan sesuatu,
apabila mereka melihat bahasa hati manusia yang lain,
manusia akan berkata-kata tanpa memikirkan bertapa halusnya perasaan hati,
manusia sentiasa melihat kata-kata indah manusia sebagai satu gurauan.
tahukah kamu wahai manusia bahawa bahasa hati seseorang itu bukan mudah di lahirkan,
kadang-kadang bahasa dan sentuhan hati amat sukar untuk diwujudkan,
di dalam dunia ini sukar untuk mencari hati yang memahami hati yang lain.
diriku dapat merasakan apabila manusia yang lain melihat luahan ini,
manusia itu akan menyatakan 'jiwang', dan 'apakah ini',
tahukah manusia hanya hati yang benar-benar memahami akan bisa merasakan titisan mutiara yang lahir dari jiwa ketika melahirkan kata-kata ini.
wahai manusia jika dirimu enggan memahami insan seperti hati ini,
jangan dicaci atau dikeji tapi cukuplah untuk kamu berdiam diri,
jika kamu tidak mahu mengerti usah lah dibaca akan bahasa hati seseorang yang sentiasa merasakan kehidupan nya penuh bererti....


maksud: jika sape2 trbace bende2 yg cm sastera atau ayat yg berbunga2 yg korg x fhm, x yh la kutuk jiwang ke or pe2 la...plez respect cara org 2 hidup...klu rase x fhm, x yh la bace cz manusia biase nye nk kutuk je klu bende2 cm nie...tiap2 org cara hidup lain2....so, fhm2 la ye...


halaman hatiku untuk bintang di langit...




malam ini....aku terpandang bintang yang indah di langit...
malam ini....aku terjaga dari realiti kehidupanku...
malam ini....aku teringat kembali bintang yang sudah lama kutinggalkan....
malam ini....wahai bintang yang senantiasa menemani ku..maafkan aku...
malam ini....aku terlupa akan kewujudan dirimu yang sentiasa ingin menenangkan diriku...
malam ini...aku cuba melihat cahayamu kembali....
malam ini...dirimu akan ku pahatkan kembali ke dalam diriku...
wahai bintang, maafkan daku...